salam.
alhamdulillah, sesyukur-syukurnya bila kami sekeluarga dah selamat berpindah ke kota damansara sabtu lepas. jadinya, ramadhan kami tahun ini di rumahbaru sendiri. rumah pun masih bersepah, belum sempat berkemas. sahur pun setakat ni masih ala kadar. peti ais (sponsored by my bro) & mesin basuh akan dihantar esok. merana kejap takde dua barang utama ni. beli hari ahad, rabu baru dapat. jangan esok tokei kedai cakap postpone lagi, tak tau la camne. baju kotor dah bertimbun tu.
satu lagi hal paling penting, berkenaan taska haziq iman. 2 minggu sebelum, saya ada contact satu taska berhampiran apartment kami. tapi masa tu dia tak tahu nak terima haziq iman ke tak sebab takut tak cukup tangan. sekarang ni dia ada 6 baby yang dijaga. sampai saat-saat akhir, baru dia cakap tak dapat jaga haziq iman. kelam kabut la saya dan hubby nak survey tempat lain. sehari sebelum pindah (jumaat), hubby tolong survey di kawasan terdekat. dapat la tiga contact number. telefon punya telefon, 2 taska dah penuh kuota baby. tinggal satu je. tu pun kat seksyen lain dari rumah kami. tapi takpelah, janji ada orang nak jaga haziq iman.
satu lagi taska nama taska ameen, cakap ok. boleh terima haziq iman. tapi, bab bayaran sangat la membebankan pada kami yang baru berpindah rumah ni. bayaran bulanan, rm350 kemudian untuk pendaftaran rm100 dan yuran tahunan rm100. semput jap ummi haziq iman ni. masa pendaftaran, terketar-ketar nak hulur rm550 kat assistant kepada owner taska. tapi redha, janji haziq iman dapat jagaan yang baik. sebab nak cepat, tak sempat nak jumpa owner dia pagi tu.
--------------------------------------------------------------------------------------
~selingan~
taska ameen ni sebuah taska berdaftar. dari apa yang saya lihat di taska tu dan dibandingkan dengan komen-komen kat internet, taska ni memang recommended. di bahagian luar taska, ada satu ruang untuk kanak-kanak buat aktiviti outdoor, kanak-kanak kat situ didedahkan dengan aktiviti macam main playdoh, mewarna, melukis, dan kraf. memang menarik. walaupun bayi, mereka bukan sekadar menjaga tetapi juga memberi pengisian yang sesuai mengikut peringkat umur. lebih menarik, taska ini lengkap dengan cctv. hari sabtu, staff-staff taska ameen ni akan basuh semua peralatan dalam taska tu macam toto, alat-alat mainan, alas simen dll. cuma pengasuh-pengasuh dia, ada yang nampak terlalu muda.
lagi satu, masa penjagaan dari pukul 6.30 pagi sampai 6.30 petang. tapi dalam bulan puasa, sampai pukul 5.30 petang sahaja. sure la tiap-tiap hari saya kena bayar OT T____T

jadi, semalam haziq iman dah selamat tinggal kat taska baru. pagi, sempat menangis sekejap budak kecil tu, tapi 3-4 minit lepas tu dah sengih-sengih atas dukungan pengasuh dia. senang hati ummi yang menengoknya.
tengahari, owner taska ameen telefon saya. berderau jugak darah tengok nombor dia naik kat skrin telefon. dalam hati duk tertanya-tanya,
"nape dengan haziq iman? menangis ke? buat perangai ke?"
tapi bila dia kata haziq iman ok, lega sikit rasa. makan pun berselera, dan pandai berkawan dengan kanak-kanak kat situ. habis, kenapa pulak owner taska telefon?
"kak umi lupa nak cakap kat iza hari tu. untuk bayaran permulaan, kena bayar jugak deposit sebulan. jadi total semua sekali rm900 untuk bayaran sebulan+sebulan, pendaftaran dan yuran tahunan."
terkedu!
dengan pindah rumahnya, dengan beli barang-barang rumahnya, dengan dah bayar rm550 kat taska sebelum tu, sekarang nak kena bayar lagi? terdiam, dan taktau nak bagi jawapan apa kat kak umi. sesak nafas pun ada. dalam kepala pulak sempat lagi duk fikir pasal belanja raya.hehe.
balik kerja, bincang lagi dengan hubby. macam-macam benda nak kena fikir. kalau keluarkan haziq iman dari taska ameen, maknanya kena la survey taska lain. tapi bayaran boleh dapat balik tak? dibuatnya burn duit pendaftaran & yuran tahunan, tak ke gigit jari? rm200, banyak tu. nak survey taska lain, susah jugak nak survey malam-malam. nak ambik EL esoknya, macam dah tak sanggup. tahun ni aje dah 4 kali ambik EL. kang saje je kena cop muka EL. naya. sempat la gaduh-gaduh jap ngan hubby. sampai sudah tak ada penyelesaian.
"dari kita gaduh, baik gi ambik haziq iman sekarang. esok la fikir lagi."
hehe, boleh pulak camtu?
sampai di taska, kami disambut kak umi. ceria sangat orangnya. masa tu dia tengah layan sorang ayah yang datang ambik anak dia. saya tertarik tengok cara kak umi say goodbye kat budak tu, kak umi hug and kisses budak tu dan budak tu membalas pelukan tu.
kemudian, ada lagi sorang budak ni, dari dalam kereta dia bagi flying kiss pada kak umi. kak umi balas dengan flying kick jugak dan say 'i love you' kat budak tu. nampak kemesraan yang terbina.
kemudian kak umi mula 'bagi laporan' pasal haziq iman.
"pagi tadi lepas mandi & minum susu, dia terus tidur. dah bangun, dia terpinga-pinga. tapi akak biar je dia explore. kita memang takkan sekat pergerakan dia. dia gerak sana, gerak sini. keluar masuk bilik, pastu pergi dapur. agaknya dia duk fikir, dia ada kat mana ni. kemudian, dia keluar dari dapur, terus sengih-sengih tengok akak. pastu dia duduk main je. takde masalah nak jaga. tapi kalau menangis, kuat suaranya."
satu lagi yang saya risau pasal haziq iman ni, dia dah 2 minggu porridge-off. dia reject apa je bubur yang saya masak. selama ni semua bubur pun dia balun. sekarang, yang dia nak makan, cuma nestum. kadang-kadang nampak dia tak puas makan nestum, tapi kalau disuap bubur, dia buat-buat macam nak muntah. jadi saya tetap bekalkan nestum pada taska even sebenarnya taska tak benarkan (ada tertulis dalam borang pendaftaran).
"tadi pun akak suruh je staff akak cuba bagi bubur kat dia. mula-mula dia macam taknak, tapi lepas tu ok je dia makan. berselera. 3 kali dia makan hari ni."
wahh, dalam hati saya, ada improvement nih.
"kat taska ni memang kita takkan bagi nestum kat baby. kita memang bagi makan bubur je. bubur pun, kita buat standard baby punya, tanpa garam, tanpa gula. cuma beras, sayur dan kadang-kadang letak ayam @ ikan. lagi satu, jangan risau pasal dia masuk dapur sebab dapur bersih. kita masak kat tempat lain dan bawa ke sini. sebab tu kita tak risau budak-budak nak gerak mana-mana je dalam taska."
apa yang jadi pada saya & hubby?
guess what??
.
.
.
.
tiba-tiba, semua kerisauan kami tadi terhapus macam tu je. tanpa bicara, kami sepakat untuk kekalkan haziq iman di taska ameen. kami nampak keriangan dan keceriaan pada haziq iman. dia nampak bersemangat dan gembira.
pasal kewangan, terpaksa la kami ikat perut sementara nak tunggu gaji akan datang. mungkin ada hikmah disebalik semua ni. kami menerimanya sebagai cabaran ramadhan, menguji kami sebagai hamba-Nya. kami sematkan dalam hati, ini hanyalah sekecil-kecil ujian dan kami yakin dengan kasih sayang-NYA yang takkan berbelah bagi.
haziq iman.. apa sahaja untukmu.
alhamdulillah, sesyukur-syukurnya bila kami sekeluarga dah selamat berpindah ke kota damansara sabtu lepas. jadinya, ramadhan kami tahun ini di rumah

10 Reaksi Teman:
kurang rm50 dari yuran taska husna..hehehehe redha jela, nasib ade menyimpan..tmbh2 nk byr tu time hujung2 nk dapt gaji..tp untuk anak xpe la..
syukur la iza haziq dpt tmpt mcm tu, byr mahal pun xpe asal elok jgaannya
sabar iza.ada rezeki......harap haziq dijaga dengan baik..itu sudah memadai....aku ni, walaupon mil yg jaga...tiap hari kat office mesti terpikirkan dia...mcm mana agaknya......
Memang taska ni bagus...i dulu pun pernah jumpa kak umi nih...baik dan ceri orgnya...takpelah ynk...demi anak..huhuhu..dok seksyen mana?huhuhu
yana..
tu la..masa kak umi cal tu, dan2 masa tu jugak igt yana byr taska husna tu..alhamdulillah, mmg puas hati tgok jagaan kat situ..psl rezeki, insyaAllah boleh diusahakan cara lain..
ude..
tu la dia..haziq pun arini dah tak nangis bila hntr taska..mmg suprise sgt sbb dah 2 minggu dia wat perangai nangis pagi2 bila hantar kat taska..ni pg td aku hntr dia, boleh dia sengih2 kat pengasuh tu..
mrs nageb..
iza duk seksyen 8..hehe, mrs nageb duk seksyen brp?
salam hi iza..:)..iza ni yg naik kreta mane ye, kot2 terserempak kat taska, boleh saya tegur...to respond to yr ans..emmm, saya hantar anak saya start dari 3 bulan lagi, smpi la ni anak saya baru je minggu lepas msk 2 tahun hehe...dari segi kebersihan ok, sebab saya sekalisekala tumpang solat kat taska ameen, mata saya melilau2 juga, tgk bilik, toilet, floor..dulu2 selalu juga saya menerjah masuk bilik baby, hehe, buat2 slumber aje..kebanyakan benda saya puas hati, dari segi development anak saya pun, banyak aktiviti, slalu dia bawak balik mcm2 art yg dia buat kat taska..even haritu borak dgn k.umi, staf dia pun dia hantar pergi training, jadi saya confidentla juga..mcm anak saya dh besar, ada nature walk pagi2...haritu saya masuk taska, dia tgh seronok main toys, smpi saya msk pn xsedar...bukan xde luka2, adeje haritu anak saya kena gigit tgn dia berbekas, hehe, tapi budak2 biasala, tapi still boleh tolerate lagi..major2 bruises alhamdulillah setakat ni xde..tp kalo ada kemusykilan call je k.umi tu, dia knowledgeable..psl bayaran, hehe, ha'ah quite mahal juga..but, before anak saya enroll kat taska ameen dulu, saya dh survey 2-3 taska..ada juga yg murah sket, tapi saya n husband terpikat pula kat t.ameen berbanding yg lain2 tu..hehe, tu yg pilih taska ameen tu..soal duit terpaksa pejam mata aje..hehe, lagi2 anak saya baru sorang tu, kalo boleh, biasala kita as parents mestila nak yg terbaik utk ank kita ye tak? :)
p/s: dok kat mane? saya dulu sewa kat sect 7..ogos thn lepas dh pindah ke subang 2..nice to know you :)
--Ayu, Ibu Hani Adriana--
HI MOMMIES,
sorry to say dat i had a bad experience in taska ameen... bby i htr sana kaki berbekas2 (they said bcoz of kain bedung) dont u think its too hard smpai berbekas2? then my bby is fully bf but the staff simply give plain water with the reason ebm xcukup without informing me plus mcm2 lg hal... so new parents with newborn babies pls consider otha taska la ye...too many babies below 2yrs old there...
hi sythermoney..
sori to hear about ur bad experience..sy hntr anak saya masa dah masuk umur 9 bulan..so, saya takde pengalaman anak dibedung..masa mula2 hntr situ pun anak sy full breastfeed, tp klu tak cukup, kak umi call tanya, boleh ke bg susu lain? takpun, pihak taska bykkan bagi solid food..
so far, ni kali pertama saya dgr something bad psl taska ameen..slps dah 2-3 bln anak saya duduk taska ameen, sy ada jugak dptkan feedback bbrpa org parent, tapi semua ok..mcm kata ayukirana di atas, setakat lebam sikit tu biasalah, budak2..
cuma masa ada budak praktikal, keadaan agak kacau bilau sikit..lebih kepada pakaian yang tertukar..bila blik rumah, tgok2 ada baju budak lain dlm beg haziq..baju haziq pulak takde..tp tak lama..lps budak praktikal takde, keadaan dah back to normal..
saya pun takleh nak komen pape sbb u hntr baby..anak saya pulak almost toddler that time..mmg saya perasan ada ramai babies below 2yrs old kat situ, tapi berbaloi dgn bilangan pekerja yang dia ada..
so skrg u hantar anak u kat taska mana? knp tak boleh view ur profile & blog?mybe we can share something after this?
tq.
assalammualaikum.. saya pun tgh cari nursery utk baby saya baru 3 bulan. Bila baca review2 kat sini, rasa berminat btul nk hanta kat Taska Ameen. Tadi call Taska Ameen, staff dia kata ada kosong lagi tp tak dpt lagi call Pn Ummi. Harap2 dpt ckp dgn Pn Ummi.
Terima kasih byk2 sbb share cerita pasal Taska Ameen ni. Info2 yg di share sgt membantu! =)
waalaikumussalam..
anis cuba la call lagi..better cakap sdiri dgn kak umi..bru rasa lagi puas hati.. :)
mybe yg cakap dgn anis tu, adik kak umi kot..mak kak umi ada jugak kat taska tu..makanan kat situ, mak kak umi yang masak..she's very nice lady..seronok borak2 ngan dia..tu yg rasa seronok hantar haziq ke situ..
Assalamualaikum mommies..
saya pun hantar anak saya 2 orang kat Taska Ameen since January. Now, sorang 1yr 10months, sorang lagi 7 bulan.. Alhamdulillah ok je terutama yg adik even masa hantar dia baru 3months old. Kakak je la tiap2 pagi nangis sebab mama tinggal.coz before ni nenek yg jaga so dia agak manja sikit. tapi few minutes after mama tinggal, dia ok je main semua.. bruises tu masa 1st week kat sana Kakak dh dapat,kat dahi lak tu. mmg masa tu saya dah nangis la sbb x penah kena camtu tapi cepat je hilang. and muka kena cakar semua.tapi itu menandakan diorang aktif n play kat situ kan?bayaran mmg mahal tapi puas hati..saya ni lagila 2 org anak. hehe... anyway, saya naik persona silver! salam perkenalan... :)
Post a Comment